Thursday, October 8, 2009












NASI GORENG CENDAWAN

sumber: Majalah Wanita

Bahan-bahan:

1 mangkuk nasi
2 ulas bawang putih
Sedikit hirisan isi ayam, daging dan udang
3 biji cili api dihiris
4 biji cendawan butang dihiris
3 keping cendawan tiram
2 sudu besar sos ikan
Garam, gula dan serbuk perasa

Cara Membuat:

1. Tumis bawang putih sehingga naik bau lalu masukkan isi ayam, daging dan udang.
2. Kemudian, masukkan cendawan, cili api. Kacau seketika.
3. Masukkan nasi dan biarkan ia masak seketika sehingga naik bau.
4. Sedia untuk dihidang.













NASI AYAM

sumber: Majalah Wanita

Bahan Untuk Nasi Ayam:

3 cawan beras
4 cawan air sup
1/2 cawan marjerin
1 labu bawang putih dihiris nipis
sedikit garam

Bahan Untuk Sos:

20 biji cili kering
2 ulas bawang putih
1/2 cawan jus limau nipis
1 sudu tepung jagung
Garam, gula dan serbuk perasa


Cara Membuat Nasi:

1. Tumis bawang putih dengan marjerin, masukkan air sup. Apabila mendidih, masukkan beras dan garam. Tanak nasi hingga masak.

Cara Membuat Sos:
1. Reneh semua bahan, kemudian masukkan tepung jagung untuk pekatkan bahan tadi.
2. Curahkan sos ke atas ayam yang dihidang bersama nasi.














NASI BERIANI ISTIMEWA

Sumber: Majalah wanita

Bahan-bahan:

250 gm beras basmathi
3 gm bunga lawang
2 gm bunga pelaga
1 gm bunga cengkih
2 gm kayu manis
2 helai daun pandan
sedikit daun ketumbar
60 ml minyak sapi
30 gm rempah beriani
3 ulas bawang putih - dikisar
2 biji besar bawang putih - dikisar
sedikit halia -dikisar
10 ml susu cair
3 batang serai
Air secukupnya
Garam secukup rasa



Cara Membuat:

1. Tumiskan bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih, kayu manis, bawang merah, bawang putih dan halia (yang telah dikisar) bersama minyak sapi.

2. Masukkan serai dan bahan-bahan daunan yang telah dihiris halus. Masak sehingga pecah minyak.

3. Kemudian masukkan susu cair dan garam

4. Masukkan beras dan daun pandan. Masak mengikut sukatan air yang betul.

Monday, October 5, 2009








Nasi Dagang

NASI

Bahannya


500gm. beras nasi dagang [ basuh dan rendam semalaman]

1 1/2 biji santan pekat

6 ulas bawang merah } semuanya

3 ulas bawang putih } dimayang / hiris

1 cm halia } halus

2 camt. halba biji

garam / gula secukup rasa


Caranya

1. Toskan beras dan kukus 3/4 masak, angkat dan tuang dalam bekas.

2. Campurkan garam dan gula dalam santan kacau hingga semuanya larut.

3. Tuangkan sedikit2 santan kedalam bekas nasi tadi sambil digaul hingga sebati. Buat begitu hingga semua santanya habis dan tercampur rata dengan beras tadi.

4. Akhir sekali masukkan semua bahan hirisan tadi dan halba lalu digaul hingga sebati.

5. Masukkan semula dalam kukusan dan kukus hingga berasnya masak.


KARI IKAN

Bahannya

1 kilo ikan tonggkol / kayu

[ setelah siap dibersihkan ikan perlulah direbus dengan sedikit halia, lengkuas, garam dan asam keping hingga mendidih biar atas api lebih kurang 1/2 jam supaya hilang bau hanyir ikan tersebut.]

8 ulas bawang merah } semuanya

4 ulas bawang putih } dihiris halus

1 cm halia } untuk ditumis

2 tangkai daun kari

1 camt halba campur

4 camb. serbuk rempah kari

2 camb. cili blend

4-5 keping asam gelugur / keping

1 biji santan pekat

minyak secukupnya untuk menumis

garam secukup rasa.


Caranya

1. Tumis semua bahan tumisan dan masukkan juga halba campur dan daun kari hingga naik bau dan kekuningan sedikit.

2. Masukkan cili blend dan rempah kari serta sedikit air tumis hingga benar2 garing atau lebih tepat lagi orang sebut terbit minyak atau pecah minyak.

3. Masukkan santan, asam keping dan garam, jika pekat sangat boleh ditambah sedikit air masak hingga mendidih.

4. Setelah memndidh bolehlah dimasukkan ikan yg telah direbus tadi. Rasalah, apa yang kurang bolehlah ditambah mengikut selera masing2.


SAMBAL KELAPA

Bahannya

300 gm kelapa parut yang putih

1 biji bawang besar

2 biji cili merah

6 biji cili padi merah [ jika suka pedas ]

1 camt garam halus

2 camb. air asam jawa [ pekat ]


Caranya

1. Blend semua bahan [ kecuali kelapa ] hingga halus. Dah halus masukkan kelapa mesin hingga halus. ras apa yang kurang bolehlah ditambah ikut citarasa sendiri.


ACAR TIMUN


Bahannya

2 biji timun - kupas kulit dan terik dengan garpu kelilingnya dan hiris nipis2

1 btg lobak merah - hiris nipis2 juga

1 biji cili merah - hiris nipis

[ jika suka pedas boleh ditambah 2-3 biji cili padi ]

2 biji bawang besar - di mayang nipis2

garam / gula secukup rasa

4 camb. cuka makan


Caranya

1. Gaul kesemua bahan2 hingga rata dan rasalah apa yang kurang bolehlah ditambah ikut citarasa sendiri.










Nasi Ayam Madu

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 2 cawan beras
  • 1/4 bawang besar
  • 2 sudu mentega
  • sehelai daun pandan
  • 2 kiub ayam
  • madu
  • kicap pekat
  • 1/2 ekor ayam
  • 1 sup bunjut adabi
  • sos tiram
  • 1/2 sudu serbuk lada putih
  • 1/2 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • [hiasan]
  • daun bawang
  • daun sup
  • bawang goreng
  • daun salad/timun

Cara-cara

  1. Bersih ayam. Potong ikut suka
  2. Tumbuk bawang putih dan halia. Tumis dengan sedikit minyak sehingga bawang jadi perang
  3. Masukkan air, ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masaklah sehingga ayam masak
  4. Untuk masak nasi, bersihkan beras. Ambik 2 cawan sup ayam tadi untuk masak nasi. Masukkan daun pandan. Masak seperti biasa.
  5. Keluarkan ayam. Perapkan dengan madu, sos tiram dan kicap. Goreng dengan minyak penuh
  6. Untuk sos kicap. Mayang bawang putih. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sedikit sup ayam tadi








Nasi Lemak Kukus

Bahan-bahan ( 4 @ 5 org )

  • 5 cawan beras
  • 2 biji pati santan
  • 3 helai daun pandan
  • Garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Didihkan air dalam pengukus. Basuh beras dan kukus dalam pengukus selama 20 minit atau beras separuh masak. Keluarkan beras dari pengukus dan rendam dengan air sekurang-kurangnya 3-4 jam supaya beras memanjang 2 kali ganda.
  2. Tukar air selalu jika perlu penyejukan lebih cepat. Setelah itu, kukus semula beras yang telah memanjang tadi hingga masak atau lebih kurang 15 minit. Keluarkan nasi yang telah masak dan gaul bersama santan yang telah dicampur garam dan biar seketika atau 10 minit supaya santan menyerap masuk dalam beras. Akhir sekali, kukus lagi sekali bersama daun pandan hingga nasi kelihatan berderai, cantik dan santan yang terserap tadi masak.
  3. Tambahan: Semasa mengukus, lubangkan dengan jari beras tersebut supaya masak serata. Sekiranya hendak makan pada pagi, kukus dan rendam pada waktu malam sebelum. Lebih lama rendam, lebih panjang beras. Nasi lemak kukus ini lebih sedap dari yang ditanak biasa dan lebih untung kerana tiada kerak.










Nasi Temasik & Ayam Berempah

Bahan-bahannya :-
1 kq beras siam atau beras beriani (bersih & toskan airnya)
8 ulas bawang merah )
4 ulas bawang putih ) di hiris halus
1 inci halia )
4 kuntum bunga cengkih
1 inci kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
1 tin susu sejat Carnation or F & N
3 sudu besar minyak sapi
Air secukupnya untuk memasak nasi
serbuk perasa (jika suka)
garam secukup rasa
daun pandan
perwarna hijau, kuning & merah
sedikit badam (goreng atau bakar)
sedikit kismis & bawang goreng

Cara membuatnya :-

1) Panaskan periuk dan masak minyak sapi hingga cair. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, bunga cengkih, kulit kayu manis & biji
pelaga hingga naik baunya.

2) Apabila bahan tumis garing, masukkan daun pandan dan beras.

3) Gaul rata dan setelah itu masukkan susu sejat, garam dan air yang secukupnya. Biarkan sehingga nasi masak dan elok keringnya.

4) Percikkan perwarna dan sedikit air mawar di atas nasi. Taburkan badam dan kismis sebelum menghidangnya.

Nota : Kalau tak bubuh perwarna & air mawar pun tak apa sebab nasi kita dah berbau harum. Ia untuk hiasan saja. Untuk kerja lebih mudah, kita boleh gunakan dapur elektrik untuk memasak nasi ni iaitu selepas beras di campur dengan susu sejat, garam & air. Kita blh
transfer terus ke periuk elektrik.Tak payah nak risau nasi terhangit atau tidak. Dah masak hidangkan dengan badam, kismis dan bawang goreng.

AYAM BEREMPAH

1/2 ekor ayam - potong ikut suka & goreng separuh masak
3 tangkai chili hijau (tumbuk kasar)
1 ulas bawang putih (cincang)
1 inci halia (cincang)
2 ulas bawang besar (cincang)
2 sudu rempah kari ayam
2 sudu besar cili boh atau chili kisar
1/2 sudu serbuk lada hitam
3 sudu besar sos tomato
minyak masak secukupnya untuk menggoreng
1 cawan susu sejat F & N or Carnation
1 ulas bawang besar - belah enam
secawan air

Bahan pewangi :-
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
1 biji buah pelaga
2 kelopak bunga lawang

Cara membuatnya :-

a) Satukan chili dan rempah, gaul rata.
b) Panaskan minyak dlm kuali. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan bahan pewangi sampai naik baunya.
c) Masukkan rempah, kacau sampai garing.
d) Masukkan ayam serta secawan air. Kacau rata dan tutup periuk. Masak sehingga ayam empuk.
e) Akhir sekali masukkan susu sejat, sos tomato, bawang besar, perasa & garam. Kacau hingga pekat & menggelegak.

Hias dengan bawang goreng semasa menghidangnya.

Boleh di makan panas-panas dengan nasi atau roti.

Selain dari guna ayam, kita juga boleh gantikan dengan daging lembu. Kalau lembu kena guna rempah kari daging pula.










Nasi Minyak Hujan Panas

Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 4 cawan beras basmati
  • 5 cawan air
  • 2 kiub ayam
  • 2 helai daun pandan
  • pewarna merah, kuning dan hijau
  • [bahan tumis]
  • 1/2 inci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • [bahan hias]
  • bawang goreng
  • kismis

Cara-cara

  1. Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
  2. Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang
  3. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi
  4. Masukkan beras dan gaul rata.
  5. Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
  6. Masaklah nasi sehingga masak
  7. Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.
  8. Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka












Nasi Ayam Cendawan (Claypot)

Bahan-bahan ( 3-4 orang makan )

  • 1. 1 cawan beras
  • 2. 1 1/2 air rebusan ayam
  • 3. 500gm ayam (Ipotong kecik jer)
  • 4. 1 sudu besar lada hitam (tumbuk)
  • 5. 1 sudu besar kicap pekat
  • 6. 5 atau lebih kuntum cendawan hitam (refer glossary)- (rendam hingga kembang dgn air panas)
  • 7. 2 sudu besar sos tiram
  • 8. 1 sudu besar kicap pekat manis
  • 9. Minyak untuk menumis & 1 sudu besar tepung jagung (bancuh dgn sedikit air )
  • 10. 2cm halia & 2 ulas garlic (tumbuk)
  • Sedikit hirisan daun sup & daun bawang, bawang goreng dan sedikit minyak bijan






Nasi Goreng Bunga Kantan

Bahan-bahan ( 3-4 org )

  • 3 mangkuk nasi
  • 3 s.b udang kering
  • 4 biji cili padi..nak pedas tambah lg.
  • 2 ulas bwg putih
  • 1 s.b cili kering mesin
  • lobak merah ..potong dadu
  • 4 biji kacang buncis
  • 1 kntum bunga kantan ..hiris nipis
  • 3 s.b sos tomato
  • 3 s.b kicap manis
  • isi ayam,udang @ sotong..ikut suka
  • garam secukup rasa
  • minyak utk menumis
  • 2 biji telur

Cara-cara

  1. Tumbuk/kisar udang kering,bawang putih dan cili padi.
  2. tumis bhn yg ditumbuk tadi bersama cili kering mesin.
  3. setelah garing masukkan masukkan isi ayam,udang, sotong, lobak merah dan kacang buncis.
  4. kemudian masukkan telur,kacau rata dan masukkan nasi.letak kan garam,sos tomato & kicap.
  5. setelah masak semuanya,baru masukkan bunga kantan yg telah dihiris nipis tadi.
  6. siap utk dihidang.makan panas2 dgn aroma bunga kantan yg sggh menyelerakan..